Akaun masjidmadrasahdarulansar.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

AYUH SERTAI PROGRAM INFAQ RAMADHAN



"Jom Infaqkan Harta Untuk Pembangunan Masjid Al-Ansar, Semoga Dengan Infaq Ini Menjadi Asbab Puasa Kita Diberkati Allah SWT"


[LOT WAKAF Serendah RM30 Dan Boleh Diniatkan Untuk Ibu Bapa Tersayang]


Bantu dalam membina Masjid bermakna, kita membina atau menyediakan tempat perhimpunan umat Islam untuk beribadat, berhalaqah ilmu, bertadarrus Al-Qur’an bermesyuarat dan lain-lain amal kebajikan.


‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”

(Hadith riwayat Muslim).


Masjid Al-Ansar yang terletak di 53-A Kampung Basung, Jalan Tasik Kenyir 21700 Kuala Berang, Terengganu memerlukan RM 1.5 Juta bagi menampung kos pembinaan masjid.




Pihak pengurusan Masjid Al-Ansar mengalu-alukan jasa baik saudara saudari yang ingin turut serta menyumbang bagi melancarkan proses pembinaan masjid ini.


Pembinaan ini akan dapat memberi keselesaan kepada para jemaah masjid. InsyaAllah.


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ

Maksudnya: Dan saling membantulah kamu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan.


 (Surah Al-Ma’idah, ayat 2)


Kami telah menyediakan beberapa pakej di bawah bagi memudahkan urusan wakaf anda.


Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :


NO AKAUN : 563037079506 (Maybank)

TABUNG PEMBINAAN DAN PENGURUSAN

MASJID MADRASAH DARUL ANSAR



Sila letakkan rujukan "Wakaf Masjid" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.